Friday, December 5, 2014

Nasi Kabsah

Resepi Nasi Kabsa

1 ekor ayam di potong 4
1 ulas bawang besar di potong 4
1 biji tomato di potong 2
1 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 sudu serbuk jintan manis
2 batang kayu manis
4 biji buah pelaga
2 biji bunga lawang
4 biji bunga cengkih
2 sudu besar rempah kabsa
Garam secukup rasa

Rebus kesemua bahan hingga ayam masak .

Basuh beras 5 pot dan toskan.

Bila ayam dah masak keluarkan ayam dan ambil air rebusan dgn rempah n bahan2 yg ada dlm sup tuang ke dalam beras di dalam rice cooker. Sukat air macam nak masak nasi biasa. Kacau dari masa ke semasa, kalau air dah kurang tp nasi belum masak bolehlah tambah dgn air rebusan ayam tadi..

 Kalau nak lagi simple

1 ulas bawang potong 4
1 biji tomato potong 2
2 sudu rempah kabsa
Garam secukup rasa

Semua rebus dgn ayam . Guna air rebusan utk masak nasi😉😉.


Sos tomato
Bahan A
5 batang lada merah
5 batang lada hijau
4 batang cilinpadi

Bahan B
2 biji tomato di buang kulit n di parut
1/2 biji lemon
1sudu besar cuka /white vinegar
Secubit gula
Garam secukup rasa

Blend bahan A hingga hancur kemudian campur semua bahan B


Sumber:- Puan Malis

No comments:

Post a Comment