Thursday, December 18, 2014

Khasiat misai kucing dan pokok herba catnip

Misai kucing atau nama saintifiknya Orthosiphon Aristatus adalah asal usul nama kepada Lippenblütengewächse/Lamiaceae/Labiatae. Pokok herba ini ditemui di seluruh negara Asia Tenggara dan Australia tropika. Banyak khasiat yang terdapat pada pokok misai kucing ini. Rasanya pasti ramai yang sudah ketahui kebaikan misai kucing kerana di negara Malaysia sangat popular dengan jualan TEH MISAI KUCING.

KEBAIKAN + KHASIAT MISAI KUCING

  • Merawat penyakit buah pinggan
  • Batu pundi kencing
  • Jangkitan saluran kencing
  • Hati dan masalah pundi kencing
  • Kencing manis
  • Sakit sendi
  • Batu karang
  • Gout
  • Mengurangkan kolesterol + tekanan darah
  • Bersifat Antiallergic + Antihipertensi + Anti-radang + Diuretik + Arteriosklerosis
  • Nephritis
  • Melegakan kekejangan otot dalam dinding organ dalaman
  • Merawat lemah jantung + darah tinggi

CARA2 PENGGUNAAN MISAI KUCING

  • Ambil beberapa bunga herba misai kucing dan direbus dengan 5 cawan air
  • minum setiap hari pagi + malam sebelum atau selepas makan  ATAU
  • Ambil beberapa bunga herba misai kucing. Digunting kecil2 atau dikoyak2kan
  • Rendam dengan secawan air panas. Tutup dan biarkan suam.
  • Minum hingga habis. Amalkan setiap hari pagi + malam.

Misai kucing ini lebih baik diamalkan setiap hari untuk keputusan yang lebih baik. Semasa pengambilan teh misai kucing, haruslah dijaga juga pemakanan seperti gula dan sebagainya. 

Sumber: http://www.hafizmohd.com/

No comments:

Post a Comment