Saturday, December 27, 2014

Pahala Membaca ‘Laa illaha illallah’


Pada zaman Bani Israil, ada seorang ahli ibadat dan seorang penderhaka. Tiba-tiba ahli ibadat dan penderhaka itu mati, Nabi Musa mendapat tahu bahawa dia termasuk dalam senarai ahli neraka manakala si penderhaka pula ahli syurga.

Selepas mendapat tahu hal itu, Nabi Musa pergi ke rumah ahli ibadat itu lalu bertanya kepada isterinya: “Apakah amal yang sentiasa dibuat oleh suamimu?” Maka isterinya berkata: “Suamiku itu sangat rajin melakukan amal ibadat dan kamu juga mengetahuinya.”

Nabi Musa bertanya lagi: “Kemudian apa lagi yang dibuat oleh suamimu?” Lalu isteri itu berkata: “Setiap malam apabila suamiku hendak tidur, dia berkata: “Alangkah beruntungnya kami kalau apa yang diajar oleh Nabi Musa itu benar.”

Selepas mendapat penjelasan itu, Nabi Musa bergegas pula ke rumah si penderhaka lalu bertanya kepada isterinya: “Apakah amal yang dilakukan suamimu?” Isterinya berkata: “Engkau pun tahu suamiku itu ialah penderhaka, dia sangat suka membuat kejahatan semata-mata.” 

Kemudian Nabi Musa bertanya lagi: “Katakan padaku, apakah amal yang dia pernah lakukan selain daripada itu.” Maka isterinya berkata: “Setiap malam sebelum tidur suamiku selalu membaca kalimah ‘La ilaha illaallah walhamdu lillah’ atas apa yang diajarkan oleh Nabi Musa.”

Ahli ibadat yang tidak yakin 100 peratus dengan apa yang disampaikan oleh Nabi Musa, maka Allah masukkan mereka ke dalam senarai ahli neraka. Oleh itu, hendaklah kita melakukan amal ibadat dengan penuh khusyuk dan harapan bahawa kita pasti bertemu dengan Allah dan jangan ragu-ragu mengenainya. 

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang mengucap ‘La ilaha illallah’, yakin dengan iman yang teguh, maka sesungguhnya akan keluar daripada mulutnya seekor burung berwarna hijau dengan dua sayap putih bertaburan mutiara yaqud, dan ia terbang ke langit hingga terdengar dengungan ia di bawah Arasy, bagaikan dengung lebah sehingga disuruh: “Tenanglah, diamlah.” 

Maka burung itu berkata: “Tidak, sebelum Engkau (Allah) mengampuni orang yang membacanya.” Allah mengampunkan orang yang mengucapkan kalimah itu lalu burung berkenaan diberi 70 lidah untuk membaca istighfar bagi orang yang membaca ‘Laa illaha illallah’ hingga hari kiamat.

Apabila tiba hari kiamat, maka ia akan menyambut orang yang membaca kalimah itu dan memimpinnya masuk ke syurga. 

Dikisahkan pula ketika Allah menenggelamkan Firaun dan menyelamatkan Nabi Musa, maka pada waktu itu Nabi Musa berdoa: “Ya Allah ya Tuhanku, tunjukkanlah kepadaku amal perbuatan untuk mensyukuri nikmat-Mu dan kurnia-Mu ini.”

Kemudian Allah berfirman: “Wahai Musa, bacalah ‘Laa illaha illallah.” Lalu Nabi Musa bertanya lagi: “Ya Allah ya Tuhanku, tambahkan lagi untukku.”

Allah berfirman: “Wahai Musa, sekiranya tujuh petala langit dan tujuh petala bumi diletakkan di sebelah kiri neraca timbangan dan diletakkan kalimah ‘Laa ilaha illallah’ di sebelah kanan neraca timbangan, nescaya akan lebih berat bahagian ‘Laa ilaha illallah’ itu.”

Abu Lait berkata; “Sesiapa yang dapat menjaga dan mengingati kalimah ini, maka dia dimuliakan di sisi Allah dan malaikat serta diampunkan dosanya walaupun dosa itu sebanyak buih di laut. Dan akan berasa kemanisan taat serta hidup atau mati keduanya baik baginya.”

Pengajaran daripada kisah ini ialah apabila hendak membuat sesuatu, mulakan ia dengan bacaan ‘Bismillah’ dan selepas selesai semuanya, hendaklah membaca ‘Alhamdulillah.’ 

Jika terlanjut mengatakan sesuatu yang tidak baik, maka hendaklah segera menyatakan ‘Astaghfirullah’ dan jika hendak melakukan sesuatu esok hari hendaklah berkata ‘Insyaallah’. 

Kalau menghadapi kesukaran hendaklah selalu membaca ‘Laa haulawalla quwata illa billahil aliyyil aziim’ dan apabila ditimpa bala musibah hendaklah kita membaca ‘Inna lillahi wa inna ilaihi raaji'uun’ serta sentiasa membaca ‘Laa illaha illallah’ siang dan malam.

Sumber :http://detikislam.blogspot.com/

10 Jenis Sholat Yang Tidak Diterima Allah


RASULULLAH saw bersabda: "Islam dibina di atas lima perkara; memberi keterangan bahawa tidak ada sesembahan yang berhak disembah dengan benar kecuali Allâh dan Nabi Muhammad adalah utusan Allâh, menegakkan solat .... "(HR Bukhari dan Muslim).

Seorang Muslim tentu sudah paham betul bahawa solat merupakan tiang dari dien ini. Oleh kerana itu, ketika muadzin mengumandangkan azan, kaum muslimin berbondong-bondong mendatangi rumah-rumah Allâh Ta'ala, mengambil air wudhu, kemudian berbaris rapi di belakang imam solat mereka. Mulakan kaum muslimin tenggelam dalam dialog dengan Allâh Ta'ala dan begitu khusyuk menikmati solat sampai imam mengucapkan salam. Dan selepas usai, masing-masing kembali pada aktivitinya.

Imam Hasan al-Bashri rahimahullâh pernah mengatakan: "Wahai, anak manusia. Solat adalah perkara yang dapat menghalangimu dari maksiat dan kemungkaran. Jika solat tidak menghalangimu dari kemaksiatan dan kemungkaran, maka hakikatnya engkau belum solat ".

Dalam kesempatan lain, Rasulullah saw juga bersabda: "Barang siapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya. "(Tabyinul Mahaarim).

Kemudian Rasulullah saw juga bersabda bahawa: "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah swt, di antaranya:

1. Lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Lelaki yang melarikan diri.

5. Lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (taubat).

6. Perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba '.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar. "

Sabda Rasulullah SAW, "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah swt dan jauh dari Allah." Hassan r. a berkata: "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk. "



*Sumber dari islampos.com

Lagi Foto-Foto Aktiviti Barbeque (BBQ) di Restoran Sri Murni Perdana









































 Sumber dari Penjaga KUBOR






Aktiviti Barbeque (BBQ) di Restoran Sri Murni Perdana

Alhamdulillah pada 24hb Disember 2014 yang lepas, telah berlangsungnya aktiviti Barbeque di Restoran Chef kesayangan kita..Chef Zul.



















Sumber dari Haqkim