Tuesday, January 6, 2015

Bagaimana Mengelak Ikon Baru Ditambah Pada Homescreen Apabila Install App ?




Bagi anda yang memasang pelbagai aplikasi pada telefon pintar anda, mungkin salah satu perkara yang kurang digemari adalah apabila setiap pemasangan menambah ikon baru padahomescreen – yang mana sekaligus akan memberikan kesan kepada susunan homescreen anda.


Sekiranya anda menggunakan peranti tanpa talam aplikasi – seperti Huawei, Honor, Xiaomi dan sebagainya, perkara ini mungkin tidak dihiraukan. Tetapi sebaliknya sekiranya anda menggunakan peranti seperti Samsung, HTC, Sony, Asus dan lain-lain, ia mungkin memberikan sedikit kesan.
Bagi anda yang tidak menyukai ikon baru ditambah pada homescreen untuk setiap aplikasi baru, anda boleh mematikannya dengan membuat sedikit perubahan pada halaman tetapan.

Untuknya, anda hanya perlu membuka aplikasi Google Play Store, dan pilih Settings pada bahagian menu. Seterusnya, pada bahagian tetapan, pastukan anda tidak menandakan menu yang tertulis “Add Icon to Home Screen“. - Amanz

No comments:

Post a Comment