Bekas Pelajar-Pelajar Sekolah Kebangsaan Angkatan Tentera Johor Bahru dari tahun 1981-1986. Gabungan ini hasil usaha saudara Ruzaimi@Kapten bersama rakan-rakan yang gigih berusaha merapatkan semula ukhuwah yang telah 28 tahun terputus. Dengan usaha gigih beliau maka hubungan rakan-rakan yang terlerai tercantum kembali.
Monday, January 19, 2015
Kepentingan Vitamin D Untuk Tumbesaran Kanak-kanak
Kelebihan Vitamin D
Vitamin D merupakan salah satu vitamin yang penting dalam tumbesaran kanak-kanak. Vitamin D membantu dalam pertumbuhan tulang membesar dengan baik serta memastikan tulang kanak-kanak dalam keadaan kuat. Lazimnya manusia mendapat sumber vitamin ini daripada cahaya matahari. Selain itu, vitamin D juga boleh diperolehi daripada sumber makanan daripada jenis tenusu.
Kenapa Vitamin D sangat penting?
Vitamin D adalah salah satu vitamin larut lemak yang mempunyai sifat-sifat sebagai vitamin dan hormon. Ia diperlukan untuk penyerapan dan penggunaan kalsium serta phosphorus. Di samping itu, ia juga berperanan membantu tumbesaran terutamanya untuk tumbesaran tulang dan gigi yang normal kepada kanak-kanak.
Vitamin D yang cukup juga boleh mencegah daripada otot menjadi lemah, kanser kolon,osteoarthritis,osteoporosis dan hypocalcemia. Pada masa yang sama ianya mengatur denyutan jantung, serta meningkatkan imuniti dan penting untuk fungsi tiroid pembekuan darah yang normal.
Terdapat beberapa bentuk vitamin D, termasuk vitamin D2 yang datang daripada sumber makanan,vitamin D3 yang disintesis dalam kulit kesan daripada tindakbalas kepada dedahan cahaya ultraungu matahari, dan yang terakhir sekali iaitu vitamin D5 adalah vitamin dalam bentuk tiruan. Di antara kesemua vitaman ini, viatamin D3 dianggap sebagai vitamin D dalam bentuk semulajadi dan bertindak lebih aktif berbanding dengan vitamin-vitamin yang sedia ada.
Kepentingan Vitamin D – kenapa kanak-kanak perlukan Vitamin D?
Kanak-kanak memerlukan vitamin D bagi membantu tulang untuk tumbuh dan membesar. Vitamin D juga membantu kanak-kanak untuk menyerap kalsium yang diambil bagi keperluan badan mereka. Kekurangan vitamain D yang serius boleh menyebabkan Ricket iaitu kecacatan tulang, terutamanya tulang belakang, kaki dan tengkorak,tulang mudah patah, bengkak sendi,dan lemah otot.
Selain itu, kekurangan vitamin D juga boleh menyebabkan penyakit-penyakit seperti osteoporosis, beberapa jenis barah, penyakit jantung dan juga kencing manis. Selain kanak-kanak, bayi dalam kandungan juga memerlukan vitamin D. Jika ibu yang mengandung tidak mengambil sumber vitamin D yang cukup ketika hamil, anak yang dilahirkan kemungkinan akan mengalami ketidak cukupan kalsium dalam darah.
Kepentingan Vitamin D kepada ibu mengandung
Oleh itu, vitamin D penting kepada ibu-ibu yang hamil bagi memastikan kandungan mereka dalam keadaan yang sihat. Secara umumnya doktor sentiasa menasihati ibu-ibu hamil supaya menjaga pemakanan mereka, kerana segala nutrisi yang diambil secara tidak langsung akan memberikan kesan kepada kandungan mereka
Bagaimana kanak-kanak mendapat Vitamin D?
Kanak-kanak memdapat sumber bekalan vitamin D melalaui dua cara iaitu daripada cahaya matahari dan daripada sumber makanan. Sumber vitamin D daripada cahaya matahari terjadi apabila kulit kanak-kanak terkena sinaran cahaya matahari mengenai badan dan secara tidak langsung tercetusnya vitamin D ekoran tindak balas cahaya matahari kepada kulit manusia.
Terlalu lama berada di bawah sinaran cahaya matahari boleh menyebabkan kulit terbakar dan terjadinya infeksi kulit. Waktu terbaik bagi kanak-kanak mendapatkan vitamin D daripada cahaya matahari adalah pada waktu pagi. Walau bagaimana pun, pada hari-hari yang panas terik, digalakkan mendapat perlindungan daripada cahaya matahari kerana ianya tidak sesuai untuk kulit mereka.
Sumber lain Vitamin D
Manakala sumber bekalan vitamin D daripada makanan pula kebanyakannya boleh diperolehi daripada pelbagai jenis makanan. Makanan protein yang kaya dengan vitamin D seperti ikan salmon,mackerel dan sardin dan putih telur.
Ubi kentang dan oat juga merupakan makanan yang kaya dengan vitamin D. Terdapat juga beberapa jenis makanan yang tidak mengandungi vitamin tersebut tetapi telah diubah suai dan ditambah dengan vitamin D seperti mentega,beberapa produk tenusu dan beberapa jenis susu. Selain itu, susu formula untuk bayi juga mengandungi vitamin D.
Cukup atau tidak?
Cara terbaik untuk mengetahui adakah anak-anak mendapat sumber vitamin D cukup atau tidak adalah melalui ujian darah.
Ibu bapa perlu berjumpa doktor dan dapatkan nasihat daripada mereka. Jika anak anda mempunyai kulit yang agak gelap dan tidak mendapat cahaya matahari yang secukupnya atau lain-lain masalah berkaitan kekurangan vitamin D, berbincanglah dengan doktor untuk mendapatkan suplemen yang betul. Ketahuilah kepentingan Vitamin D. Kanak-kanak mungkin akan terdedah kepada risiko kekurangan vitamin D jika mereka :
1) Perlu menutup seluruh badan mereka untuk keluar daripada rumah
2) Mempunyai penyakit dan tidak boleh berada di tempat terbuka
3) Mempunyai kecacatan fizikal yang menyebabkan mereka kurang membuat aktiviti di luar rumah.
4) Mempunyai kulit yang agak gelap. Kanak-kanak yang agak gelap memerlukan lebih banyak vitamin D berbanding kanak-kanak yang berkulit cerah
5) Terlalu lama minum susu ibu daripada ibu yang kurang mendapat sumber vitamin D.
Oleh itu, kepentingan vitamin D tidak boleh dipandang remeh untuk pertumbuhan pembesaran bagi kanak-kanak. Terdapat satu kajian yang telah dijalankan oleh South East Asian Nutrion Surveys (SEANUTS) yang menyatakan bahawa satu daripada dua orang kanak-kanak di Malaysia mengalami masalah kekurangan vitamin D dan tidak mengambil kalsium yang cukup dalam hidangan harian mereka.
Ibu bapa memainkan peranan penting dalam menentukan sumber bekalan vitamin D bagi anak-anak mereka. Jadilah kita sebagai ibu bapa yang terbaik dalam memastikan anak-anak mendapat sumber bekalan vitamin D yang cukup sama ada melalui cahaya matahari atau pun daripada sumber makanan.
Sumber: Siraplimau
Kencing Tikus : Apa faktor, tanda, rawatan & langkah pencegahan
Allahyarham Izwan Pilus Din Beramboi adalah selebriti tanah air meninggal dunia kerana dijangkiti virus kencing tikus atau leptospirosis. Sebenarnya kita sebelum ini jarang mendengar jangkitan sebegitu kerana ia jarang berlaku.
Tetapi hakikatnya, penulis difahamkan yang ia bukanlah asing kepada penduduk negara ini. Dan siapa kata tikus kecil tak bahaya. Hei! Kecil-kecil kena air kencing dia pun kita dah boleh kritikal.
Apa itu kencing tikus? Apa faktor? Tanda? Dan bagaimana langkah pencegahan?
Penyakit kencing tikus atau nama sainsnya Leptospirosis ialah penyakit berjangkit disebabkan bakteria Leptospira yang disebarkan melalui haiwan. Jika tidak dirawat segera, penyakit ini boleh merebak dan membawa maut.
Pada mulanya, bakteria ini dikenal pasti datangnya dari tikus. Namun kini, banyak jenis haiwan boleh menjadi perumah bakteria ini, sama ada liar atau peliharaan. Haiwan dijangkiti ada kalanya menunjukkan tanda sakit, tetapi sekadar menjadi pembawa dan tidak memindahkan jangkitan.
Secara umumnya bakteria Leptospira boleh menjangkiti anjing, tikus dan haiwan liar lain seperti rakun dan serigala.
Faktor risiko:
- Melakukan pekerjaan yang terdedah kepada panas – Petani, penternak/peladang, pekerja rumah penyembelihan, doktor haiwan, pemotong kayu, pekerja system pembentungan, pesawah dan anggota tentera.
- Aktiviti rekreasi dalam air seperti berenang, berkayak dan berbasikal di laluan denai di kawasan panas.
- Terdedah kepada peralatan di rumah termasuk, binatang peliharaan seperti anjing, binatang peliharaan untuk disembelih, ruang perangkap air dan mengambil makanan yang telah digigit oleh binatang seperti tikus, tupai dan arnab.
- Terdedah di tmpt yang banjir dimana air kencing tikus tercemar di dalamnya, apabila terkena kulit yang luka, masuk dalam mata, hidung atau mulut(terminum) virus akan menjangkiti.
- Masa pengeraman di antara 2 hingga 26 hari (anggaran 10 hari).
- Bermula dengan demam, menggigil, sakit anggota tubuh dan sakit kepala.
- Batuk tidak berkahak
- Loya, muntah dan cirit-birit, sakit sendi, sakit tulang, sakit tekak dan sakit perut.
- Radang selaput mata.
- Pesakit mungkin mengalami sakit otot, pembesaran limpa atau hati, bengkak salur kelenjar, sakit tekak, kekerasan otot, perubahan bunyi pada peparu atau ruam.
Rawatan: Ubatan Cephalosporim, Penicillins, doxycycline, chloramphenicol, dan erythromycinboleh diberi untuk rawatan leptospirosis. Penjagaan sokongan diperlukan bagi kes yang rumit dan bermasalah.
Pencegahan:
Pencegahan:
- Elakkan berkunjung ke kawasan yang ada air bertakung.
- Jika terdedah dan berisiko, pengambilan ubat doxycycline boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit. Nasihat penulis jika anda terkena simpton virus ini, sila ke hospital dengan segera.
- Simpan makanan atau minuman dengan baik agar tidak dicemari.
- Cuci tangan dengan sabun sebelum makan.
- Bersihkan diri selepas melakukan aktiviti luar seperti berkebun dan apa jua aktiviti yang terbuka.
- Untuk majikan pula mereka harus memberi perlindungan kepada pekerja mereka yang mempunyai risiko yang tinggi dijangkiti seperti memberi sarung tangan dan sebagainya.
- Menjaga kebersihan sekeliling,sediakan tempat membuang sampah yang bertutup, bersihkan tempat bekas air dan kolam renang, pastikan tiada tikus dikawasan sekeliling terutama rumah anda,membuat semburan disinfeksi tempat yang telah dicemari.
Aplikasi "Be My Eyes" Membolehkan Orang Cacat Penglihatan "Melihat"
Kini, terdapat satu aplikasi iPhone yang membolehkan mereka yang cacat penglihatan 'melihat'. Aplikasi yang diberi nama 'Be My Eyes' itu bukannya memulihkan pandangan mereka, tetapi membolehkan sukarelawan membantu mereka yang cacat penglihatan 'melihat' melalui video chat.
Konsep yang digunakan oleh aplikasi ini sangat mudah. Apabila seseorang yang cacat penglihatan memerlukan pertolongan, sebagai contoh, ingin melihat tarikh luput makanan atau mahu melintas jalan, dia akan menekan pada skrin untuk mendapatkan bantuan sukarelawan yang turut menggunakan aplikasi tersebut.
Sekiranya ada sukarelawan yang menjawab permintaan itu, kamera akan dibuka dan peminta bantuan perlu menyasarkan kamera belakangnya kepada masalah yang ingin diselesaikan dan ia akan diselesaikan melalui perbicaraan video chat tersebut.
Kini, aplikasi tersebut sudah mempunyai 13,000 sukarelawan yang mendaftar dan sehingga kini, 1,145 orang cacat penglihatan telah berjaya dibantu. Diharap aplikasi ini turut dikembangkan hingga ke Malaysia supaya dapat sedikit sebanyak membantu golongan ini yang berada di Malaysia
Toharah & Kesihatan - Tinjauan Dari Nas-Nas Al-Quran Dan Al-Hadith
Skop toharah (yang disebut al-Quran dan al-Sunnah);
1. Toharah al-Qulub (tazkiyah)
2. Toharah ibadat; wudhuk, mandi wajib, tayammum.
3. Toharah adat
i) Membasuh najis
ii) Istinjak
iii) Membasuh tangan sebelum dan selepas makan
iv) Perapian diri; memotong kuku, mencukur misai, membuang bulu ari-ari dan bulu ketiak.
v) Bersugi
vi) Berwangian
v) Memakai pakaian cantik
vi) Mandi-mandi sunat; biasanya membabitkan ibadat secara jamaah (hadis mandi hari jumaat).
AL-QURAN
وَمَن يُرِدِ ٱللَّهُ فِتۡنَتَهُ ۥ فَلَن تَمۡلِكَ لَهُ ۥ مِنَ ٱللَّهِ شَيۡـًٔاۚ أُوْلَـٰٓٮِٕكَ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُرِدِ ٱللَّهُ أَن يُطَهِّرَ قُلُوبَهُمۡۚ لَهُمۡ فِى ٱلدُّنۡيَا خِزۡىٌ۬ۖ وَلَهُمۡ فِى ٱلۡأَخِرَةِ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ (٤١)
Maksud; dan sesiapa yang dikehendaki Allah kesesatannya, maka engkau tidak berkuasa sama sekali (menolak) sesuatu apapun (yang datang) dari Allah untuknya. Mereka ialah orang-orang yang Allah tidak mahu membersihkan hati mereka; bagi mereka kehinaan di dunia dan di akhirat kelak mereka beroleh azab seksa yang besar. (41) (Surah al-Maidah, ayat 41).
خُذۡ مِنۡ أَمۡوَٲلِهِمۡ صَدَقَةً۬ تُطَهِّرُهُمۡ وَتُزَكِّيہِم بِہَا وَصَلِّ عَلَيۡهِمۡۖ إِنَّ صَلَوٰتَكَ سَكَنٌ۬ لَّهُمۡۗ وَٱللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ (١٠٣)
Maksud; Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui. (103) (Surah at-Taubah, ayat 103).
يَا أَيُّهَا الْمُدَّثِّرُ، قُمْ فَأَنْذِرْ، وَرَبَّكَ فَكَبِّرْ، وَثِيَابَكَ فَطَهِّرْ، وَالرُّجْزَ فَاهْجُرْ.
Maksud; Wahai orang yang berselimut! (1) Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia). (2) Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya! (3) Dan pakaianmu, maka hendaklah engkau bersihkan. (4) Dan segala kejahatan, maka hendaklah engkau jauhi. (5) (Surah al-Muddatsir, ayat 1-5).
لَا تَقُمۡ فِيهِ أَبَدً۬اۚ لَّمَسۡجِدٌ أُسِّسَ عَلَى ٱلتَّقۡوَىٰ مِنۡ أَوَّلِ يَوۡمٍ أَحَقُّ أَن تَقُومَ فِيهِۚ فِيهِ رِجَالٌ۬ يُحِبُّونَ أَن يَتَطَهَّرُواْۚ وَٱللَّهُ يُحِبُّ ٱلۡمُطَّهِّرِينَ (١٠٨)
Maksud; Jangan engkau sembahyang di masjid (dhirar) itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba` yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar takwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). (108) (Surah at-Taubah, ayat 108).
*Ayat ini adalah berkenaan golongan al-Ansar yang mengamalkan istinjak yang sempurna (Tafsir al-Jalalaian).
وَيَسۡـَٔلُونَكَ عَنِ ٱلۡمَحِيضِۖ قُلۡ هُوَ أَذً۬ى فَٱعۡتَزِلُواْ ٱلنِّسَآءَ فِى ٱلۡمَحِيضِۖ وَلَا تَقۡرَبُوهُنَّ حَتَّىٰ يَطۡهُرۡنَۖ فَإِذَا تَطَهَّرۡنَ فَأۡتُوهُنَّ مِنۡ حَيۡثُ أَمَرَكُمُ ٱللَّهُۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٲبِينَ وَيُحِبُّ ٱلۡمُتَطَهِّرِينَ (٢٢٢)
Maksud; Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: Darah haid itu satu benda yang (menjijikkan dan) mendatangkan mudarat. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci. Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri. (222) (Surah al-Baqarah, ayat 222).
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قُمۡتُمۡ إِلَى ٱلصَّلَوٰةِ فَٱغۡسِلُواْ وُجُوهَكُمۡ وَأَيۡدِيَكُمۡ إِلَى ٱلۡمَرَافِقِ وَٱمۡسَحُواْ بِرُءُوسِكُمۡ وَأَرۡجُلَڪُمۡ إِلَى ٱلۡكَعۡبَيۡنِۚ وَإِن كُنتُمۡ جُنُبً۬ا فَٱطَّهَّرُواْۚ وَإِن كُنتُم مَّرۡضَىٰٓ أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ أَوۡ جَآءَ أَحَدٌ۬ مِّنكُم مِّنَ ٱلۡغَآٮِٕطِ أَوۡ لَـٰمَسۡتُمُ ٱلنِّسَآءَ فَلَمۡ تَجِدُواْ مَآءً۬ فَتَيَمَّمُواْ صَعِيدً۬ا طَيِّبً۬ا فَٱمۡسَحُواْ بِوُجُوهِڪُمۡ وَأَيۡدِيكُم مِّنۡهُۚ مَا يُرِيدُ ٱللَّهُ لِيَجۡعَلَ عَلَيۡڪُم مِّنۡ حَرَجٍ۬ وَلَـٰكِن يُرِيدُ لِيُطَهِّرَكُمۡ وَلِيُتِمَّ نِعۡمَتَهُ ۥ عَلَيۡكُمۡ لَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ (٦).
Maksud; Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku dan sapulah sebahagian dari kepala kamu dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali dan jika kamu berjunub (berhadas besar) maka bersucilah dengan mandi wajib dan jika kamu sakit (tidak boleh kena air) atau dalam pelayaran atau salah seorang dari kamu datang dari tempat buang air atau kamu sentuh perempuan, sedang kamu tidak mendapat air (untuk berwuduk dan mandi), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang bersih, iaitu: Sapulah muka kamu dan kedua belah tangan kamu dengan tanah debu itu. Allah tidak mahu menjadikan kamu menanggung sesuatu kesusahan (kepayahan), tetapi Dia berkehendak membersihkan (mensucikan) kamu dan hendak menyempurnakan nikmatNya kepada kamu, supaya kamu bersyukur. (6) (Surah al-Maidah, ayat 6).
AL-HADITH
1. Salman RA menceritakan; “Aku telah membaca di dalam Kitab Taurat; ‘Sesungguhnya keberkatan makanan ialah dengan mengambil wudhuk selepasnya’. Lalu aku sebutkan maklumat tersebut kepada Nabi SAW dan aku memberitahunya tentang apa yang aku baca di dalam Taurat. Lantas baginda bersabda; ‘Keberkatan makanan ialah dengan berwudhuk sebelumnya dan berwudhuk selepasnya’” (Sunan at-Tirmizi, Kitab al-At’imah, 1846).
* Menurut ulamak; maksud wudhuk dalam hadis ini bukanlah wudhuk syar’ie, tetapi wudhuk ‘urfi (dengan maksud; membasuh tangan sebelum dan selepas makan) (lihat; Tuhfah al-Ahwazi).
2. Sabda Nabi SAW; “Kunci solat ialah toharah” (Musnad Ahmad; 1006, dari Saidina ‘Ali RA, soheh).
3. Rasulullah SAW bersabda; “Bersiwak itu menyucikan mulut dan menyebabkan keredhaan tuhan” (Musnad as-Syafiie; 56, dari ‘Aisyah RA. Musnad Ahmad; 7, dari Abu Bakar RA. Menurut Imam an-Nawawi; sanad hadis ini adalah soheh. Lihat; Faidhul-Qadier, hadis no. 4832).
4. Huzaifah RA menceritakan; “Rasulullah SAW apabila bangun dari tidur malam, baginda membersihkan mulutnya dengan siwak” (Soheh al-Bukhari; 245. Soheh Muslim; 255).
5. Saidatina ‘Aisyah RA menceritakan; “Rasulullah SAW apabila hendak memasuki rumah baginda bermula dengan bersiwak” (Soheh Muslim; 253).
6. Sabda Nabi SAW; “Sesiapa di kalangan kamu ingin menghadiri solat jumaat, hendaklah ia mandi” (Soheh Bukhari; 877. Soheh Muslim; 844).
7. Imam Malik yang menceritakan; “Abdullah bin Umar RA (seorang sahabat Nabi s.a.w.) pada hari raya puasa (‘idil-fitri) beliau mandi sebelum keluar pada pagi hari raya itu ke tempat sembahyang” (Riwayat Imam Malik dalam al-Muwattak).
8. Sabda Nabi SAW; “Peliharalah diri dari air kencing kerana kebanyakan azab kubur adalah kerananya” (Sunan ad-Daruqutni; 459. Kata beliau; hadis ini adalah mursal).
9. Sabda Nabi SAW; “Sesungguhnya kebanyakan azab kubur adalah dari kencing” (Musnad Ahmad; 9059, dari Abu Hurairah RA, isnadnya soheh).
10. Anas RA menceritakan; “Adalah Nabi s.a.w. apabila keluar membuang air, aku akan bawakan untuknya satu bekas air untuk beliau beristinjak” (Soheh al-Bukhari; 152).
11. Sabda Nabi SAW; “Fitrah itu ada lima; berkhitan, istihdad (mencukur bulu ari-ari), memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan menggunting misai” (Soheh Muslim; 257, dari Abu Hurairah RA)
12. Sabda Nabi SAW; “Sepuluh perkara dari fitrah (sunnah); menggunting misai, membiarkan janggut, bersiwak, menghisap air ke dalam hidung, memotong kuku, ghaslul-Barajim (membersihkan celah-celah jari dan kawasan-kawasan berlipat di belakang tangan), mencabut bulu ketiak, mencukur bulu kemaluan, istinjak. Kata Mus’ab (salah seorang perawi hadis); aku lupa yang ke sepuluh, namun seingat aku ianya ialah berkumur” (Soheh Muslim; 261, dari Saidatina ‘Aisah RA).
13. Anas bin Malik RA menceritakan; “Telah ditetapkan tempoh untuk kami bagi menggunting misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu ari-ari iaitu kami tidak membiarkannya melebihi 40 hari” (Soheh Muslim; 258)
14. Sabda Nabi SAW; “Sesungguhnya Allah itu cantik dan Dia sukakan kecantikan” (Soheh Muslim; 91, dari Ibnu Mas’ud RA).
Sumber: Laman Fiqh Anda
Samsung tawar beli BlackBerry pada AS$7.5b
NEW YORK: Samsung Electronics menawarkan untuk membeli BlackBerry Ltd pada pertimbangan AS$7.5 bilion (RM27 bilion) bagi menguasai beberapa paten berharga firma Kanada itu dalam usaha Samsung bersaing dengan Apple, kata sumber.
Tawaran Samsung itu yang dipercayai dikemukakan baru-baru ini, menilaikan BlackBerry pada pertimbangan AS$13.35 hingga AS$15.49 sesaham, premium antara 38-60 peratus daripada harga semasa BlackBerry.
Wakil kedua-dua syarikat serta penasihat masing-masing sudah bermesyuarat minggu lalu berhubung kemungkinan pelaksanaan janji niaga itu, kata sumber yang rapat dengan perkara itu.
Bagaimanapun, BlackBerry malam tadi mengeluarkan kenyataan mereka tidak terbabit dalam rundingan itu. Samsung juga mengeluarkan kenyataan di Seoul tidak terbabit dalam rundingan pengambilalihan itu.
Dalam pada itu, akhbar Globe dan Mail di Kanada melaporkan BlackBerry sudah menolak beberapa tawaran pengambilalihan sejak beberapa bulan lalu kerana pelabur dan pemegang saham yakin strategi penyusunan semula syarikat itu akan berhasil.
Mengikut laporan itu, lembaga pengarah BlackBerry percaya harga tawaran lebih AS$7 bilion itu masih lebih rendah daripada potensi pertumbuhan sebenar syarikat dalam beberapa tahun lagi.
Penganalisis di Morningstar, Brian Colello, berkata BlackBerry dalam proses peralihan, jadi pelaburan ketika ini adalah pertaruhan untuk masa depan.
"Jadi dapat dilihat bahawa Samsung mahu mengambil kesempatan ketika ini untuk menuai hasil pada masa depan," katanya.
Bagi Colello, kekuatan Samsung sebagai pengeluar telefon pintar nombor satu dunia adalah menerusi pengeluaran peranti untuk pasaran pengguna yang kini semakin sesak. Dengan mengambil alih BlackBerry, Samsung boleh menembusi pasaran korporat.
"Berapa banyak telefon Samsung yang anda lihat di pejabat. Inilah peluang untuk Samsung untuk menembusi pasaran korporat," kata penganalisis di BGC Partners, Colin Gillis.
Sebarang usaha untuk bekerjasama atau mengambil alih BlackBerry perlu mendapat restu Prem Watsa yang mana firma pelaburannya Fairfax Financial Holdings Ltd adalah pemegang saham terbesar.
Pengambilalihan itu juga perlu mendapat restu pihak berkuasa di Ottawa dan Washington. Mengikut undang-undang Kanada, pengambilalihan firma asing terhadap BlackBerry perlu mendapat kelulusan kerajaan mengikut Akta Industri Kanada.
Sistem rangkaian BlackBerry menguruskan trafik e-mel beribu-ribu pelanggan korporat, jabatan kerajaan dan agensi keselamatan di seluruh dunia.
Portfolio paten BlackBerry dianggarkan merangkumi sejumlah 44,00 paten bernilai lebih AS$1.43 bilion (RM5.1 bilion) pada Ogos lalu, walaupun penganalisis yakin nilainya jauh lebih tinggi daripada itu.
BlackBerry baru-baru ini melancarkan Classic, model yang disasar mengembalikan kegemilangan model Bold dan Curve. Syarikat Kanada itu bekerjasama dengan Celcom memperkenalkan model itu di Malaysia semalam.
Harga runcit telefon baharu dengan pakej First ialah RM1,588 seunit. - Reuters
Thursday, January 15, 2015
Cara Pulihkan Mesej Whatsapp untuk Telefon Android
Mungkin tidak salah jika dikatakan bahawa aplikasi permesejan Whatsapp ialah darah daging kepada telefon pintar. Ia menjadikan perhubungan sosial lebih cepat, mudah dan lebih peribadi berbanding perkhidmatan SMS dan media sosial. Maka, pasti banyak maklumat penting yang tersimpan di dalamnya. Jadi, apakah yang perlu dilakukan jika sejarah perbualan Whatsapp anda tiba-tiba lesap?
Selalunya, isu mesej Whatsapp hilang terjadi akibat perkara-perkara berikut:
Bagi sebab-sebab 1-3, ada kemungkinan besar sejarah perbualan boleh didapatkan kembali. Secara lalai (default), aplikasi Whatsapp akan membuat backup pada pukul 4 pagi setiap hari. Namun begitu, anda juga boleh membuat backup secara manual dengan menekan Setting>Chat Settings>Backup Conversations. Malangnya, ia tidak boleh dilakukan sekiranya peranti di’reset’ kerana semua aplikasi dan fail (termasuk fail backup) akan turut terpadam.
Cara restore untuk sebab 1 dan 2:
Perlu diingat, langkah-langkah di atas hanya berkesan jika folder Whatsapp yang mengandungi fail backup masih wujud dan tidak ditindih oleh backup baharu yang tidak mengandungi sejarah perbualan lama. Proses backup sebenarnya sangat penting bukan sahaja untuk aplikasi Whatsapp, tetapi untuk keseluruhan peranti pintar anda. Maka, jadikan proses backup satu amalan rutin supaya anda tidak kehilangan maklumat penting jika perkara yang tidak diingini berlaku kepada peranti anda.
Lebih baik jika fail-fail backup anda turut disalin ke PC atau ke storan awan (cloud). Rasa leceh sedikit tak mengapa, lebih baik beringat sebelum kena!
1. Tidak sengaja memadam sebahagian atau semua perbualan
2. Menyahpasang aplikasi Whatsapp daripada telefon
3. Bertukar ke telefon pintar baru
4. Reset telefon pintar
Bagi sebab-sebab 1-3, ada kemungkinan besar sejarah perbualan boleh didapatkan kembali. Secara lalai (default), aplikasi Whatsapp akan membuat backup pada pukul 4 pagi setiap hari. Namun begitu, anda juga boleh membuat backup secara manual dengan menekan Setting>Chat Settings>Backup Conversations. Malangnya, ia tidak boleh dilakukan sekiranya peranti di’reset’ kerana semua aplikasi dan fail (termasuk fail backup) akan turut terpadam.
Cara restore untuk sebab 1 dan 2:
1. Nyahpasang aplikasi Whatsapp daripada peranti anda.
2. Muat turun dan pasang sekali lagi Whatsapp pada peranti.
3. Buka aplikasi. Anda akan diminta untuk memasukkan nombor telefon. Pastikan anda memasukkan nombor telefon yang sama seperti yang digunakan sebelum ini.
4. Whatsapp akan mencari sekiranya terdapat backup kepada mesej anda. Jika ada, skrin anda akan memaparkan mesej “Message backup found! Would you like to restore your message history from backup?” Klik Restore.
5. Mesej-mesej yang terkandung dalam backup terakhir Whatsapp anda akan dipaparkan semula.
Cara restore untuk sebab 3:
1. Sebelum mengaktifkan Whatsapp pada telefon baru, pastikan anda membuat backup secara manual pada telefon lama.
2. Hubungkan telefon lama anda kepada PC. Melalui PC, cari folder Whatsapp pada storan telefon, kemudian salin (copy) folder tersebut dan simpan di PC anda.
3. Muat turun dan pasang aplikasi Whatsapp pada peranti baru. Jangan aktifkan dahulu.
4. Pergi ke File Manager dan cari folder Whatsapp. Namakan semula folder tersebut kepada apa-apa nama lain.
5. Melalui sambungan kepada PC, masukkan folder Whatsapp yang lama ke storan telefon baru anda.
6. Kini anda boleh mengaktifkan Whatsapp pada telefon baru. Pastikan anda memasukkan nombor telefon yang sama dan tekan Restore apabila Whatsapp menjumpai fail backup anda.
Lebih baik jika fail-fail backup anda turut disalin ke PC atau ke storan awan (cloud). Rasa leceh sedikit tak mengapa, lebih baik beringat sebelum kena!
Wednesday, January 14, 2015
Peliharalah aib orang lain
Ada seorang perempuan datang kepada Syeikh Hatim Al Asham untuk bertanya tentang sebuah persoalan.
Ketika bertanya, tiba-tiba keluarlah bunyi buang angin daripada perempuan itu dan ia merasa sangat malu.
"Keraskan suaramu!" demikian teriak Hatim dengan keras untuk mengesankan seolah beliau tuli.
Si perempuan merasa senang dan mengira kalau Hatim tidak mendengar bunyi buang angin-nya.
Kerana kejadian itulah, kemudian Syeikh Hatim mendapat gelaran Al Asham (si tuli).
***
Sungguh kita mendapat pelajaran yang sangat berharga daripada Syeikh Hatim Al Asham.
Hal yang menarik daripada kisah di atas adalah usaha daripada seorang besar yang menutup rapatkeburukan orang lain, tidak menghebahkan sebagaimana terjadi ketika ini, di mana kita melihat fenomena tayangan 'mendedahkan' atau 'menelanjangkan' hal yang juga aib orang, mendedahkan maksiat juga zina yang terjadi dengan begitu terang benderang.
Habib Abdullah bin Alwi Al-Haddad dalam bukunya Al Da'wah Al Tammah, mengutip ucapan Sayyidina Al Hasan Al Basri, berkaitan meneliti aib diri sendiri;
Imam Hasan Al-Basri berkata, "Engkau tidak akan memperoleh hakikat iman selama engkau mencela seseorang dengan sebuah aib yang ada pada dirimu sendiri. Perbaikilah aibmu dan kemudian engkau memperbaiki aib orang lain. Setiap engkau memperbaiki satu aibmu, maka akan tampak aib lain yang harus kau tempelkan. Akhirnya kau sibuk memperbaiki dirimu sendiri. Dan sesungguhnya hamba yang paling dicintai Allah adalah ia yang sibuk memperbaiki diri sendiri. Sepanjang sejarah kehidupan manusia, tidak ada hari seperti hari kiamat, hari di mana aib terbuka dan mata menangis."
Seorang ulama pernah berkata;
"Aku tidak mencari sesuatu yang paling mudah menghilangkan amal, merosakkan hati, mengheret kepada kebinasaan seorang hamba dan mendekatkan kepada kebencian serta memudahkan kemasukan rasa suka kepada sifat riya', ujub dan kedudukan selain menjadi kenyataan pada terhadnya pengetahuan seorang hamba akan aib-aib dirinya sendiri sambil melihat keburukan yang ada pada diri orang lain. "
Imam Al Ghazali dalam kitabnya yang terkenal, Ihya Ulumuddin, mengetengahkan isu jitu menyingkap kekurangan yang melekat pada diri kita. Beliau menyarankan untuk menempuh empat cara:
Pertama, duduk di hadapan seorang guru yang mampu mengetahui keburukan hati dan pelbagai masalah yang tersembunyi di dalamnya. Kemudian ia memasrahkan dirinya kepada sang guru dan mengikuti petunjuknya dalam bermujahadah membersihkan aib itu. Ini adalah keadaan seorang murid dengan Syeikhnya dan seorang pelajar dengan gurunya. Sang guru akan menunjukkan aib-aibnya serta cara rawatannya.
Namun, di zaman ini guru atau pendidik seperti ini jarang ditemui, apalagi payah dijumpai.
Kedua, mencari seorang teman yang jujur, mempunyai bashiroh (mata hati yang tajam) dan berpegang pada agama. Ia kemudian menjadikan temannya itu sebagai pengawas yang mengamati keadaan, perbuatan, serta semua aib batin dan zahirnya, sehingga ia dapat memberi peringatan kepadanya.
Demikianlah yang dilakukan oleh orang-orang cerdik, orang-orang terkemuka, dan para pemimpin agama di zaman dahulu kala yang mana selayaknya kita sebagai hambaNya melaksanakan demikian.
Ketiga, berusaha mengetahui aib daripada ucapan musuh-musuhnya kerana pandangan yang penuh kebencian akan menyingkapkan keburukan seseorang. Boleh jadi manfaat yang diperolehi seseorang daripada musuh yang sangat membencinya dan suka mencari kesalahannya lebih banyak daripada teman yang suka bermanis muka, memuji dan menyembunyikan aib-aibnya.
Akan tetapi, sudah menjadi watak manusia untuk mendustakan ucapan musuh-musuhnya dan menganggapnya sebagai ungkapan kedengkian. Hanya orang yang mempunyai mata hati jernih yang mampu memetik pelajaran daripada keburukan dirinya yang disebutkan oleh musuhnya.
Keempat, bergaul dengan masyarakat. Setiap kali melihat perilaku tercela seseorang, maka ia akan menuduh dirinya sendiri juga memilki sifat tercela itu. Kemudian ia menuntut dirinya untuk terus meninggalkannya.
Kerana seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lainnya. Ketika melihat aib orang lain ia akan melihat aib-aibnya sendiri.
Masya'Allah.
Jadi;
Bencilah setiap perbuatan buruk itu kerana Allah.
Jika berupaya;
Cegahlah dengan tangan
tegurlah dengan lisan
dan selemah-lemahnya iman;
berdoa dan dalam hati.
"Cintailah sesuatu yang anda cintai sekadarnya sahaja, kerana suatu masa nanti ia akan menjadi sesuatu yang anda benci; dan bencilah sesuatu yang anda benci itu sekadarnya sahaja, kerana suatu waktu nanti ia akan menjadi sesuatu yang kamu cintai".
Dalam sebuah hadis, Rasulullah Salallahu Alaihi Wasallam bersabda;
"Aku memohon kepadaMu (Ya Allah) agar aku selalu boleh bersikap sederhana, baik ketika marah mahupun senang."
Tutuplah aib orang lain agar Allah tutupkan aib diri anda.
Tips Besedekah
✔ Wajibkan setiap bulan yang utama daripada gaji anda untuk ibu ayah.
Bagi yang tidak punya ibu bapa lagi, silakan bersedekah kepada kerabatnya dengan meniatkan pahala sedekah itu juga untuk ibu ayah.
✔ Belilah beberapa buah plastik atau terompah kayu, letakkan di sekitar masjid agar para jamaah dapat menggunakannya ketika hendak berwudhu.
Insya'Allah, anda akan menikmati pahala daripada setiap orang yang memakainya.
✔ Ketika anda melalui lebuhraya bertol (harga tetap seperti setiap kereta RM1), sedekahlah untuk pengguna-pengguna lebuhraya tol yang di belakang anda.
✔ Asingkan sebahagian daripada hasil pendapatanmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim.
✔ Peruntukkan setiap bulan untuk membantu saudara mara terdekat yang susah.
✔ Letakkanlah di bilik anda sebuah kotak/ bekas, di mana setiap kali anda merasa melakukan dosa, masukkan wang RM1 sebagai dendanya bersama ucapan istighfar.
Jika sudah sebulan, bukalah kotak itu dan bersedekahlah dengan wang tersebut.
Lakukanlah ini setiap bulan!
✔ Jika anda hadir dalam pertemuan bersama keluarga dan saudara-mara, sediakanlah RM 1 (atau lebih) untuk 'dihadiahkan' kepada anak-anak saudara anda.
✔ Sesekali, belanjalah rakan-rakan sekerja untuk ukhwah yang lebih padu, insya'Allah.
✔ Belilah mushaf (Al Quran) letakkan di masjid dan bayangkan berapa pahala yang akan anda dapat pada setiap huruf yang mereka baca
✔ Pamerkan perasaan gembira kepada setiap sahabat, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan.
✔ Lemparkanlah senyum kepada orang yang anda temui walau sesiapa pun, berilah salam kepada orang yang duduk dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah
sedekah.
✔ Jangan biarkan anda tertidur, melainkan setelah memaafkan setiap orang yang telah berbuat buruk kepada anda.
✔ Sebarkan mesej ini kepada semua kenalan anda.
Tuesday, January 6, 2015
Bagaimana Mengelak Ikon Baru Ditambah Pada Homescreen Apabila Install App ?
Bagi anda yang memasang pelbagai aplikasi pada telefon pintar anda, mungkin salah satu perkara yang kurang digemari adalah apabila setiap pemasangan menambah ikon baru padahomescreen – yang mana sekaligus akan memberikan kesan kepada susunan homescreen anda.
Sekiranya anda menggunakan peranti tanpa talam aplikasi – seperti Huawei, Honor, Xiaomi dan sebagainya, perkara ini mungkin tidak dihiraukan. Tetapi sebaliknya sekiranya anda menggunakan peranti seperti Samsung, HTC, Sony, Asus dan lain-lain, ia mungkin memberikan sedikit kesan.
Bagi anda yang tidak menyukai ikon baru ditambah pada homescreen untuk setiap aplikasi baru, anda boleh mematikannya dengan membuat sedikit perubahan pada halaman tetapan.
Untuknya, anda hanya perlu membuka aplikasi Google Play Store, dan pilih Settings pada bahagian menu. Seterusnya, pada bahagian tetapan, pastukan anda tidak menandakan menu yang tertulis “Add Icon to Home Screen“. - Amanz
Friday, January 2, 2015
Bencana Akhir Zaman Terjadi Bila 15 Perkara Sudah Dilakukan
PENJELASAN Rasulullah SAW mengenai bencana sering dikaitkan dengan pra-kondisi sebelum terjadinya bencana tersebut. Hadist riwayat Imam Atturmudzi, dan yang menghimpun hadis ini adalah ulama Alwalial annajdwi yang menghimpun 40 hadis yang menerangkan tentang bencana. Ketika dia metafsirkan hadis ini beliau memberi judul “Lima Kedurhakaan / Kemaksiatan yang Dapat Menyebabkan Datangnya Bencana.”
Dari Ibnu Ali bin Abi Thalib berkata, bahwa Rasulullah telah bersabda : “Bilamana umatku telah mengerjakan 15 perkara ini, maka bala bencana pasti akan turun menimpa mereka.” Sahabat bertanya., “Apa 15 perkara itu ya Rasulullah?” Rasulullah bersabda, “Bala akan datang bilamana :
1. Harta Negara hanya beredar (dipegang) di kalangan orang-orang tertentu.
2. Apabila amanah telah dijadikan sumber keuntungan.
3. Apabila zakat dijadikan hutang.
4. Bala akan datang bilamana suami menurut kemauan isteri.
5. Anak durhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbuat baik kepada teman sebayanya (pada kehidupan keluarga)
7. Menjauhkan diri dari ayahnya.
8. Suara-suara ditinggikan di dalam masjid
9. Pemimpin suatu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka.(banyaknya pemimpin yang dipilih dari golonganya sendiri dengan dalih kebenaran menurut golongan mereka sendiri).
10. Seseorang dimuliakan karena ditakuti kejahatannya.
11. Khamer / arak (minuman beralkohol) sudah diminum segala tempat.
12. Kain sutra banyak digunakan oleh kaum laki-laki.
13. Penyanyi disanjung-sanjung.
14. Musik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat ini melaknat / menyalahkan generasi pertama yakni para sahabat radiallahu anhum ajmain.
Akhir dari sabda Rasulallah SAW adalah : “Maka hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau mereka dirubah menjadi mahluk yang lain apabila mereka telah melakukan 15 perkara tersebut.” [Rayhan]
Sumber dari: http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=19994
Kenapa Tidak Boleh Tidur Lagi Setelah Sholat Subuh ?
Imam Ibnul Qayyim mengatakan dalam kitabnya Zaadul Ma’aad, bahwasannya orang yang tidur di pagi hari akan menghalanginya dari mendapatkan rizki. Karena waktu subuh adalah waktu di mana makhluk mencari rizkinya, dan pada waktu tersebut Allah membagi rizki para makhluk.
Dan beliau menukil dari Ibn ‘Abbas radliyallahu ‘anhu bahwasannya dia melihat anaknya tidur di waktu pagi maka ia berkata kepada anaknya ‘bangunlah engkau! Apakah kamu akan tidur sementara waktu pagi adalah waktu pembagian rezki? ¹
Tidur yang terlarang adalah tidur ketika selesai shalat shubuh hingga matahari terbit. Karena pada waktu tersebut adalah waktu untuk menuai ghonimah (pahala yang berlimpah). Mengisi waktu tersebut adalah keutamaan yang sangat besar, menurut orang-orang shalih. Sehingga apabila mereka melakukan perjalanan semalam suntuk, mereka tidak mau tidur di waktu tersebut hingga terbit matahari. Mereka melakukan demikian karena waktu pagi adalah waktu terbukanya pintu rizki dan datangnya barakah (banyak kebaikan).”
Dalam hadits Rasulullah Shallallahu’ alahi wassallam yang shahih yaitu
“Ya Allah berikanlah berkah kepada umatku di pagi harinya”
HR. Abu Dawud no. 2606, Tirmidzi no. 1212, Ibnu Majah no. 2236, shahihAt-Targhiib waTarhiib no, 1693
Dan hadits
“Diberikan barakah kepada ummatku di pagi harinya”
HR. Abu Dawud at-Thaayalisy dishahihkan Syaikh Alalbani dalam ShahihJami’ush Shaghir no. 2841
Rasulullah Saw. bersabda:
“Seusai shalat fajar (subuh) janganlah kamu tidur sehingga melalaikan kamu untuk mencari rezeki.” (HR. Thabrani)
Janganlah kamu tidur, begitu sabda Rasulullah Saw. untuk kita, seusai shalat subuh. Lalu, apa yang kita lakukan seusai shalat subuh? Banyak hal yang dapat kita lakukan. Setelah shalat subuh berjamaah di masjid, kita bisa duduk di ruang tamu untuk membaca Al-Qur’an. Setelah itu, membuka seluruh jendela dan membersihkan rumah. Atau, memulai segala aktivitas yang perlu untuk kita lakukan di pagi hari.
Berkenaan dengan mengisi waktu setelah shalat subuh ini, dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Muslim disampaikan, “Peliharalah waktu itu dengan mengisinya melalui tilawah Al-Qur’an satu juz dalam satu hari, berdzikir atau menghafal. Inilah yang dilakukan Rasulullah Saw. selesai menunaikan shalat subuh, bahwa beliau duduk di tempat shalatnya hingga terbit matahari.”
Ada sebuah amalan yang sangat besar fadhilahnya apabila dilakukan seseorang dalam rangka memanfaatkan waktu di pagi hari ini. Hal ini dapat kita ketahui dari sebuah hadits, yakni dari Anas bin Malik r.a., ia berkata bahwa Rasulullah Saw. telah bersabda:
“Barangsiapa shalat fajar (shalat subuh) berjamaah di masjid, kemudian tetap duduk berdzikir mengingat Allah, hingga terbit matahari lalu shalat dua rakaat (shalat dhuha), maka seakan-akan ia mendapatkan pahala haji dan umrah dengan sempurna, sempurna, dan sempurna.” (HR. Tirmidzi)
Subhânallâh…! Betapa besar pahala orang shalat subuh dengan berjamaah di masjid, kemudian tetap duduk untuk berdzikir hingga terbit matahari, lantas dilanjutkan dengan shalat dhuha, seakan ia mendapatkan pahala haji dan umrah dengan sempurna. Betapa besar pahalanya. Bisakah kita mengamalkanya? Kalau tidak bisa setiap hari, setidaknya seminggu sekali ketika kita libur dan tidak harus berpagi-pagi untuk berangkat bekerja. Apalagi sebagai karyawan, naik bus kota, dan tinggal di Jakarta, biasanya mesti berangkat lebih pagi agar tidak terjebak macet.
Hal yang teramat penting dari pembahasan ini adalah jangan tidur lagi seusai shalat subuh. Marilah kita isi waktu pagi itu dengan beribadah dan memulai aktitivitas harian semenjak pagi hari. Lebih bagus lagi, ketika sudah masuk waktu dhuha, segera kita menunaikan shalat dhuha. Dengan demikian, berarti kita telah mempersiapkan diri untuk menjadi orang yang kaya karena waktu pagi memang penuh keberkahan; berarti kita telah benar-benar siap dalam menyambut datangnya rezeki dari Allah Swt.
Sebelum pembahasan ini kita akhiri, perlu kiranya bagi kita untuk merenungkan apa yang disabdakan oleh Rasulullah Saw. sebagai berikut:
“Bangunlah pagi hari untuk mencari rezeki dan kebutuhan-kebutuhanmu. Sesungguhnya pada pagi hari terdapat barakah dan keberuntungan.” (HR. Thabrani dan Al-Bazzar).
Sumber dari : http://www.tranungkite.net/v12/modules.php?name=News&file=article&sid=19991
Subscribe to:
Posts (Atom)