Sunday, February 15, 2015

Kenapa Seluar Dalam Lelaki Dijual Dalam Kotak & Wanita Pula Berselerak?

Membaca tajuk post ini saja sudah membuatkan kita tercari-cari apakah jawapan bagi persoalan misteri ini.

Namun, satu soalan ini saja mempunyai banyak jawapannya. Sama ada logik akal ataupun tidak, anda perlu menerima hakikat bahawa itulah jawapannya, okay?

Anda sudah sedia untuk jawapannya? Baiklah.

1. Marketing Strategy

- Jika seluar dalam lelaki dijual secara berselerak, lelaki akan membeli sehelai sahaja. Ini kerana sepasang seluar dalam sudah mencukupi bagi lelaki (Hahaha). Kalau dijual sekotak, nak tak nak mereka kena beli 5 helai dengan harga 5 helai.

- Jika seluar dalam wanita dijual dalam kotak, perempuan akan beli sekotak sahaja kerana satu kotak ada pelbagai pilihan warna. Tetapi jika dijual berselerak, wanita mempunyai skop pilihan yang amat luas dan merasa 5 helai pun belum tentu cukup.

2. Memilih

- Wanita lebih suka memilih sebelum membeli. Manakala lelaki terus beli dengan hanya melihat saiz yang tertera di kotak.

3. Warna & Ciri-Ciri Seluar Dalam

- Selain dari warna, tiada apa ciri-ciri seluar dalam yang hendak diambil kira oleh kaum lelaki.

- Jika seluar dalam wanita diletakkan dalam kotak, habis semua kotak akan dibuka dan ini akan mendatangkan amarah pada tauke kedai.

4. Pemalu

- Sebenarnya kaum lelaki adalah pemalu. Jadi kotak itu melambangkan bahawa lelaki mempunyai sifat malu yang amat tinggi berbanding wanita? (Huh? Boleh terima ke?)

Keempat-empat jawapan ini mempunyai kadar LIKE yang tinggi di Facebook. Anda lebih setuju dengan jawapan yang mana?-thehypermedia 

Khasiat Badam


foto: wannura

Keterangan foto:

1a dan 1b – Buah almond yang masih muda dan berada di tangkai

2 – Buah almond yang telah matang dan kulit cengkerangnya telah terkopek

3 – Bunga dan daun almond

4 – Buah almond yang matang yang telah dipetik

5 – Buah almond yang telah dikopek kulit cengkerangnya yang masih mentah dan sedia untuk diolah

6 – Gambar ilustrasi lukisan lengkap almond

Sumber: wanura

Menurut Wikipidia, dalam istilah botanikal, badam bukan kacang. Dalam parlans botanikal, kulit berbatu keras yang menyelirat dipanggil endocarp, dan buah ini, atau exocarp, ialah pepauh, mempunyai lapisan luar yang gebu. Pokok ini adalah asli dari Asia barat daya. 

Bentuk yang dijinakkan boleh memasakkan buah sejauh kepulauan British. Ia adalah pokok kecil, bertumbuh hingga 4–9 m tinggi. Daunnya adalah meruncing, 6–12 cm panjang, dan tidak rata pada sisi. 

Bunganya putih atau pink pucat, 3–5 cm diameter dengan lima kelopak, dihasilkan sebelum daun ini pada musim bunga. Di Malaysia, jarang pulak dengar orang tanam pokok badam ni.

Badam penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai, ia boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang atau dijadikan bahan campuran makanan seperti kuih dan sebagainya. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. 

Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. 

Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka.

Kacang Badam 

Nutrisi BadamMenikmati snek memang suatu yang menyeronokkan dan mengasyikkan terutama ketika bersantai.

Ramai orang takut untuk mengambil badam atau almond. Begitu juga dengan jenis-jenis kekacang yang lain kerana kandungan lemaknya yang tinggi.
Sebenarnya anda tidak perlu takut mengambil badam kerana walaupun badam mengandungi kuantiti lemak yang tinggi, namun 90% dari lemak dalam badam adalah lemak taktepu (unsaturated fat) yang badan anda perlukan.

Kandungan lemak mono taktepu (monounsaturated fat) yang tinggi dalam badam sepertimana terdapat di dalam minyak zaitun membuatkan badam menjadi senjata hebat bagi memerangi kolesterol LDL di dalam badan anda.

Tahukah anda badam adalah makanan seimbang dan paling tinggi khasiat di kalangan kekacang?

Badam mengandungi protein, serat, kalsium, magnesium, kalium, zinc, selenium, kuprum, phosphorus, biotin, riboflavin, niacin, besi, vitamin E serta antioksida lain yang tinggi. Contohnya, segenggam badam (35gm), dapat membekalkan 45% dari keperluan harian Vitamin E dan Manganese. Sumbangan beberapa nutrient dari segenggam badam adalah seperti paparan graf di sebelah.

Di bahagian selaput biji badam sahaja terdapat sekurang-kurangnya 20 jenis flavonoids (antioksida) utama. Gandingan beraneka flavonoids dan vitamin E menjadikan badam suatu makanan yang amat berkhasiat sekali bagi memerangi berbagai masalah kesihatan.

Badam Mengurangkan Paras Kolesterol, Merendahkan Risiko Darah Tinggi dan Serangan Jantung

BadamSatu kajian yang dijalankan di University of Toronto ke atas 27 pesakit yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi menunjukkan pengambilan purata 74gm (2 genggam) badam setiap hari selama sebulan telah berjaya menurunkan 9.4% daripada paras kolesterol di dalam badan mereka. Nisbah LDL(kolesterol jahat)/HDL(kolesterol baik) didapati menurun sebanyak 12%. Penurunan nisbah ini menunjukkan menurunnya risiko serangan jantung (cardiovascular).

Asid folik yang terdapat di dalam badam dipercayai dapat menurunkan paras homocystein, iaitu sejenis asid amino yang boleh menyebabkan saluran darah menjadi sempit; dengan itu juga mengurangkan risiko penyakit jantung dan darah tinggi. 34.5gm badam (segenggam) mengandungi 99mg magnesium (24.7% dari keperluan harian)serta 257mg kalium (potassium).

Magnesium berperanan melembutkan saluran darah dan dengan itu pengaliran darah, oksigen serta nutrient di dalam badan berjalan dengan elok. Kajian menunjukkan kekurangan magnesium bukan sahaja boleh menyebabkan serangan jantung, tetapi kekurangan magnesium selepas serangan jantung boleh menyebabkan kecederaan (radikal bebas) pada jantung.

Kalium adalah penting untuk sistem transmisi saraf dan otot. Ia amat penting di dalam mengawal tekanan darah serta perjalanan jantung. Pengawalan tekanan darah serta jantung menjadi lebih berkesan dengan badam kerana kandungan sodium yang rendah (hanya 0.3mg bagi setiap suku cawan badam).

Badam Menghalang Obesiti (Kegemukan)

Di dalam satu kajian yang pernah disiarkan di dalam International Journal of Obesity and Related Metabolic Disorders, dilaporkan bahawa diet yang diperkaya dengan badam telah berjaya mengatasi masalah obesiti jauh lebih berkesan dibandingkan dengan diet berkalori rendah dari kabohidrat kompleks.

Kajian tersebut melibatkan 65 orang dewasa obes. Mereka dibahagi kepada 2 kumpulan. Kedua-dua kumpulan dibekalkan dengan diet yang sama jumlah kalori serta proteinnya. Kumpulan pertama diberi diet berkalori rendah terdiri dari karbohaidrat kompleks. Kumpulan kedua juga diberi diet berkalori rendah yang di perkayakan dengan badam (2 genggam sehari).

Selepas 6 bulan di dapati kumpulan yang dietnya diperkaya dengan badam mengatasi kumpulan berdiet karbohaidrat dengan 64% dalam pengurangan berat badan, 56% dalam lilitan pinggang, 50% dalam pengurangan lemak.

Perbandingan keputusan bagi kedua-dua kumpulan dapat anda saksikan pada graf di bawah.

Badam Meredakan Diabetes

Di dalam suatu kajian yang telah disiarkan di dalam The Journal of Nutrition, badam telah ditambah kepada diet sekumpulan pengidap diabetes tahap ke-2.

Keputusan ujian menunjukkan diet dengan badam telah menurunkan glycemic response dan insulin response. Kumpulan yang mengambil diet bersama badam ini telah menunjukkan penurunan kebergantungan kepada ubatan.

Ini bermakna dengan mengambil badam, masalah diabetes dapat dikurangkan.
Badam Membantu Menghalang Batu Karang

Kajian dan pengumpulan data ke atas wanita selama 20 tahun oleh ‘Nurses’ Health Study’ menunjukkan wanita yang memakan sekurang-kurangnya 1oz (30gm) kekacang atau mentega kacang dalam seminggu mengalami penurunan 25% risiko batu karang.

Badam Menghalang Osteoporosis

Badam juga dikatakan dapat menghalang osteoporosis. 30gm badam (25-30 biji) mempunyai kandungan kalsium sama seperti terdapat dari 1/4 cawan susu. Kalsium amat berguna bagi menghalang osteoporosis.

Tahukah anda diet kurang kalsium boleh mecetuskan risiko barah usus?

Badam untuk Wanita Hamil

AlmondnutsKandungan folate yang tinggi di dalam badam amat berguna sekali bagi wanita yang sedang hamil. Folate adalah penting bagi mengelakkan dari kecacatan pada bayi ketika hamil.

Badam Mengurangkan Risiko Berbagai Penyakit

Beberapa kajian juga menunjukkan bahawa beberapa jenis kekacang, terutamanya badam, dapat mengurangkan risiko barah, diabetes, nyanyok (Alzheimer’s disease) dan beberapa penyakit kronik yang lain.

Dalam satu kajian yang telah disiarkan di dalam ‘American Journal of Clinical Nutrition’, dilaporkan bahawa badam berupaya menurunkan tahap kolesterol setanding dengan kesan dari penggunaan dadah ’statin’. Kajian seterusnya pula mendedahkan bahawa badam setanding dengan dadah ’statin’ dalam mengurangkan tahap protein ‘C-reactive’ yang merosakkan ateri.

Terdapat berbagai lagi khasiat badam yang tidak dapat disiarkan di sini. Selain tinggi khasiat, badam juga mempunyai rasa yang sedap. Berbagai cara orang menggunakan badam dalam masakan; daripada snek sehinggalah kepada makanan berat. Oleh itu jadikanlah badam sebahagian daripada diet anda. Semuga anda bertambah sihat, ceria serta berbahagia.

Thursday, February 5, 2015

Mencari Kebenaran – Madu Asli dan Palsu





Bagaimanakah kita ingin mengetahui bahawa satu-satu madu itu 100% madu asli atau telah diubah atau memang bukan asli?
Madu tiruan adalah bermaksud sama ada madu asli dicampurkan dengan ”gula” peratusan kebiasaan 30% madu asli dan 70% gula. Gula ini boleh jadi , glukosa, dextrosa , molasses (produk dari pemprosesan dari tebu,anggur atau bit gula), sirap jagung , sirap gula , invert sugar (campuran glukosa dan fruktosa), tepung , kanji atau mana-mana produk yang menyerupai , selain dari nektar bunga yang dikumpul , diproses dan disimpan di dalam sarang lebah oleh lebah. Standard undang-undang dan keperluan dalam makanan, termasuk kualiti madu , dan pengujian terhadap madu tiruan terlalu pelbagai untuk setiap negara, dan ada sebahagiannya tidak menyebabkan ketidakpuas hatian bagi sesetengah pengguna.


Persoalan ini sering timbul di kalangan pembeli yang bimbang tertipu atau terbeli yang bukan asli. Yang mana mengakibatkan madu yang sepatutnya menjadi ubat berubah menjadi racun yang mnegembangkan penyakit atau langsung tiada apa-apa kesan sehingga membuang duit begitu sahaja membeli gula yang disangkakan madu.
Hasil dari penipuan terhadap madu bukan kecil, tetapi ianya mengakibatkan seseorang tidak yakin pada Allah dan Rasul , kerana Allah menyebutkan bahawa madu itu ”فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِ‌ۗ” – padanya penyembuh bagi manusia manakala Nabi   صلى الله عليه وسلم telah bersabda “الشفاء في ثلاثة في شربة عسل : ”penyembuh itu pada tiga : minum madu ….” .
Apabila seseorang itu minum madu dan hasil yang didapati adalah tidak berkurangnya penyakit atau tiada kesan padanya atau bertambahnya penyakit dirinya, maka , dalam hati kecil akan berkata , ‘tak jadi apa-apa pun.” atau lebih parah lagi , akan diwar-warkan bahawa ”madu takde kesan apa-apa dan buat penyakit je” ucapan ini diwar-warkan pada orang lain , seolah-olah sudah menyebut bahawa apa yang Allah katakan itu tidak benar dan Nabi itu palsu dalam kata-katanya sedangkan yang dimakannya itu bukan madu hanyalah gula yang diubahsuai. Nauzubillah.
Ibnu Al-hasan pernah meriwayatkan dari Ibnu Umar رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ bahawa Nabi    صلى الله عليه وسلم bersabda :
Nikmat yang pertama diangkat dari bumi adalah madu. ( Rujuk kitab taarikh Asbahaan)
Jadi di sini, kami , sebagai peniaga dan pengguna madu (alhamdulillah ,setakat ini setiap hari kami minum madu) dari pelbagai jenis dan rasa , dari beberapa benua , cuba kongsikan sekadar pengetahuan dan pengalaman yang ada pada kami bagi kalian pembeli atau pengguna madu mendapatkan madu yang asli.
Di sini beberapa tips walaupun ianya bukan 100% pengujian asli atau tidak, tetapi sekurang-kurangnya ianya memberi sedikit gambaran pada pembeli @ pengguna madu, in sya allah.
0 – Lidah
Jika kalian sudah biasa dengan madu (merasa lebih 50-100 kali madu yang benar-benar asli) , maka lidah kalian tidak akan boleh tertipu lagi selepas itu. Ini cara paling mudah dan asas dalam pengujian madu.
1 – Bentuk Sarang Lebah dalam air – Hexagon.
Cara ini yang paling mudah dan cepat untuk diketahui.
Ambil sesudu madu dan masukkan ke dalam bekas yang tapaknya rata.
Masukkan air kosong/jarang (jangan air panas) ke tengah-tengah bekas/pinggan.
pusingkan bekas mengikut arah jam atau lawan.
Pusing sehingga keluar bentuk sarang lebah hexagon. (sekitar 1 minit )
Ada kala, bentuk hexagonnya memang persis seperti hexagon sarang lebah.
Dan ada kala , bentuk hexagonnya tidak seperti sarang lebah, tetapi masih hexagon.
Jika tiada bentuk hexagon, kemungkinan besar sama ada ianya madu yang dicampur gula atau gula yang diubah suai yang dijual atas nama madu asli.
Madu di tengah piring
Madu di tengah piring
bentuk sarang @ hexagon terhasil selepas beberapa ketika
bentuk sarang @ hexagon terhasil selepas beberapa ketika
** untuk madu yang kristalized (menghablur) , kami juga telah mencubanya, setakat ini juga jadi bentuk hexagon.
cuma lebih kecil dan lebih rapat.
2 – Kertas Putih
Ambil pencungkil gigi atau sudu, celupkan pada madu dan titiskan di atas tengah kertas putih.
Lihat kesan pada kertas putih di keliling madu.
Madu asli kebiasaannya tidak akan meresap masuk ke dalam kertas.
Madu asli juga akan mengekalkan bentuk titisannya dan tidak merebak.
Madu asli dengan mudah kita dapat mengambil semula dengan tangan.
Madu tiruan akan nampak kesan seperti air meresap di keliling madu.
Madu tiruan akan merebak dan meresap tanpa kekal bentuknya.
Madu tiruan apabila kita cuba ambil dengan tangan , kebiasaanya tidak boleh dan biasanya lekitan sedikit yang melekat di tangan kita.
Bentuk madu selepas dititiskan pada kertas
Bentuk madu selepas dititiskan pada kertas
kesan selepas dicolek/cuit/ambil guna jari
kesan selepas dicolek/cuit/ambil guna jari – boleh lihat perbezaan
3 – Air Kosong / Jarang
Ambil segelas kaca yang tembus dalam , dan masukkan air kosong/air jarang ke dalamnya.
Ambil sesudu penuh madu dan kemudian titiskan  ke dalam air.
Madu asli akan terus turun ke dasar cawan, dan madu tiruan biasanya akan pecah-pecah sebelum sempat sampai dasar cawan.
Bagi memastikan bahawa madu yang kalian ada adalah asli , ketiga-tiga test ini, jika dibuat , in sya allah , memberikan hampir 100% kepastian yang ianya adalah asli.
Untuk test bentuk sarang lebah itu sebenarnya sudah memadai jika dibuat. Kerana tiruan tidak akan dapat membuat bentuk yang sama , bahkan tidak akan terbentuk sama sekali.
3 test yang pertama ini, mudah, cepat dan tidak memerlukan kos tinggi , hanya kerajinan sahaja diperlukan.
—————————————————————–
Bagi test yang kemudian ini, memerlukan sedikit kos.
4 –  HMF(Hydroxymethylfurfural)
HMF adalah hasil pemecahan produk dari fruktosa ( satu dari komponen utama gula dalam madu) yang terbentuk secara perlahan ketika penyimpanan dan sangat cepat terbentuk apabila madu dipanasakan. kandungan HMF yang ada di dalam madu menyebabkan ianya digunakan sebagai satu panduan dalam menentukan waktu penyimpanannya dan jumlah kepanasan yang telah digunakan. Pembentukan HMF dan pengumpulannya di dalam madu sangat berbeza bergantung pada jenis madu. Kandungan HMF yang tinggi menunjukkan yang ianya telah melalui proses pemanasan melampau ketika proses pengasingan.
Madu yang dijual dalam jumlah besar biasanya perlu dibawah 10 -15 mg/kg untuk membolehkan selanjutnya diteruskan dan memberikan waktu shelf life sebelum mencecah paras 40mg/kg.
Ianya bukanlah suatu yang pelik bagi madu yang dijual/berada di negara yang panas (khatulistiwa/savana) kandungannya HMF nya setinggi 100mg/kg. Ini selalunya disebabkan suhu yang tinggi (lebih 35’C) dimana madu terdedah pada suasana persekitaran yang panas.
Beberapa negara termasuk Malaysia, meletakkan satu penanda aras untuk kandungan HMF yang diimport. Jika melebihi paras yang ditentukan, madu diiktiraf sebagai tidak asli dan akan ditahan di bawah kastam Malaysia dan tidak dibenarkan untuk dijual kepada umum. Kalian juga boleh cuba melihat pada warna madu kerana kadang-kadang ianya memberikan suatu penanda aras terhadap kualitinya, kerana madu menjadi semakin gelap dalam proses penyimpanan dan pemanasan.
Paras HMF yang tingg ( lebih dari 100 mg/kg) menunjukkan yang ianya campuran atau telah dicemari dengan inverted sugar.  Gula tebu atau sukrosa , boleh ”inverted” dengan memanaskan asid makanan , dan proses ini membentuk HMF. Banyak makanan yang manis yang ditambah bersama siran jagung yang tinggi fruktosa seperti minuman ringan bergas, boleh mempunyai HMF setinggi 1000 mg/kg.
HMF ini untuk diketahui perlu di hantar ke makmal untuk diuji dan sedikit kos ringgit perlu dikeluarkan untuk membuat ujian mengenainya.
5 – Chloramphenicol dalam Madu
Chloramphenicol merupakan  antibiotik jenis spektrum luas yang mula diperkenalkan pada tahun 1949.
Dalam pembuatan madu tiruan mereka menambahkan antiobiotik jenis ini (kebiasaaan) bagi menghasilkan madu tiruan.
Dos sebenar yang diperlukan oleh manusia tidak diketahui tetapi penggunaannya pada jangka waktu yang panjang (pengambilan madu tiruan yang ada antibiotik ini) , boleh menyebabkan berlakunya kesan sampingan ubat ini yang diketahui.
Antara kesan sampingan adalah -pemakan madu tiruan ini akan mendapat penyakit – aplastic anemia , bone marrow suppression , leukimia dan beberapa penyakit berkaitan darah.
Maka berhati-hati terhadap pengambilan madu yang tiruan.
Untuk yang dibawah ini , yang masih menjadi tanda tanya di kalangan masyarakat sendiri
6 – Crystallized / Hablur / Granulated Madu
Sering menjadi salah anggapan dari segelintir masyarakat bahawa madu yang bergranul atau madu yang menghablur atau dengan bahasa mudah kita, madu yang menjadi keras macam gula adalah bukti bahawa madu itu madu tiruan.
Kebenarannya adalah madu itu sendiri adalah supersaturated gula atau cairan tepu gula (fruktosa dan glukosa) , sama ada ianya telah ditiruankan atau ianya asli, penghabluran adalah normal , lebih-lebih lagi di negara beriklim sederhana.
Dan bagi sesetengah sumber pohon bunga , jika lebah mengambil nektar darinya, madu yang terhasil akan lebih cepat menghablur berbanding jenis lain.
Tahap penghabluran madu adalah bergantung pada 2 keadaan
  1. Ratio glukosa dan fruktosa
    Glukosa dan fruktosa ini adalah hasil dari nektar madu yang diproses lebah. Jika tahap atau level glukosa madu yang terhasil adalah lebih tinggi berbanding fruktosanya, maka madu itu akan lebih cenderung untuk menghablur
  2. Kandungan air dalam madu
    Kandungan air dalam madu adalah dari 15% sehingga 25% bergantung pada iklim dan kelembapan kawasan.
    Jika kandungan air antara 15-20% , ditambah faktor glukosa yang tinggi, madu cenderung untuk menghablur.
Bagi negara di Nusantara , suasana persekitaran yang dikelilingi laut dan hujan yang kerap menghasilkan kelembapan yang tinggi , ini menyebabkan madu di kawasan ini kebiasaan dalam lingkungan 20-25% kandungan air dalam madu yang menyebabkan madu dari negara ini tidak cenderung untuk menghablur.
Apabila dua faktor ini ada dalam satu-satu madu , dan madu disimpan dalam suhu antara 0 – 25’C – kecenderungan madu untuk menghablur adalah tinggi.
Jenis hablur yang dihasilkan pula adalah bergantung pada tahap atau besarnya jarak/beza antara kandungan glukosa berbanding fruktosa.
7 – Madu dan Semut
Ada sebahagian dari pengunjung kedai kami sangat kuat berpegang bahawa semut tidak akan menghurung madu asli. Sebenarnya kepercayaan ini sudah berakar umbi sedangkan kita masih memikirkan atau sukar untuk memahami kerana apa semut lebih suka gula (madu tiruan) berbanding madu asli?
Sedangkan ada tempat yang memang tiada semut , dan ada kawasan memang banyak semut.
Fakta asas yang kita ketahui adalah, semut suka pada manisan.
Beberapa kajian atau teori berkaitan madu dan semut ini.
Ada yang menyebutkan bahawa di dalam madu itu ada enzim yang mana dengan kehadiran enzim ini semut tidak akan datang , dan apabila enzim ini terhapus (disebabkan suhu tinggi/persekitaran yang panas) , maka semut akan mula menghurung.
Pendapat lain pula mengatakan, bahawa di dalam madu adanya kuprum dan sulfer, jika madu mempunyai dua kandungan ini dengan aras yang tinggi , ianya menghasilkan haba yang tidak disukai semut. Jika kandungan madu tersebut rendah kandungan kuprum dan sulfurnya, semut akan hurung.

Secara jujurnya dalam pengetahuan kami , kualiti atau tiruan atau aslinya sesuatu madu itu tidak bergantung pada semut menghurungnya atau tidak.

Wednesday, February 4, 2015

4 Cara Bagaimana Menjadikan Peranti Android Anda Kembali Laju Seperti Pada Asalnya?






Bagi para pengguna peranti Android, terutamanya peranti berspesifikasi pertengahan, anda mungkin akan merasai peranti anda menjadi semakin perlahan atau mengalami sela masa setelah digunakan beberapa bulan. Perkara ini mungkin kerana beberapa perkara, termasuk kerana fail storan yang semakin bertambah, selain fail berbentuk cache yang disimpan pada peranti. 

Anda boleh menjadikannya kembali pantas seperti pada asalnya dengan melakukan beberapa perkara asas.

Membuang Aplikasi Yang Tidak Digunakan

Android Uninstall

Seperti biasa, salah satu perkara utama yang boleh dilakukan adalah membuang aplikasi yang tidak digunakan. Saya sendiri sering memasang pelbagai aplikasi baru untuk mencuba, dan tidak membukanya untuk beberapa bulan. Aplikasi seperti ini boleh dibuang daripada peranti anda sekaligus menjimatkan lagi ruangan dan memori yang digunakan pada peranti anda.

Untuk membuang sesuatu aplikasi, anda hanya perlu membuka talam aplikasi, dan seterusnya tap pada ikon aplikasi yang ingin dibuang untuk seketika, dan seterusnya menarik ikon berkenaan kepada bahagian yang dinamakan sebagai “Uninstall”. Aplikasi berkenaan akan dipadam daripada peranti anda, tetapi tidak perlu risau memandangkan anda masih boleh memuat-turunnya pada bila-bila masa daripada Google Play Store.

Gunakan Launcher Seperti Google Launcher atau Nova Launcher

Kadang-kala, sesuatu peranti tersebut mengalami sela masa yang tinggi disebabkan oleh kesan grafik yang digunakan oleh tema antaramuka pada telefon berkenaan. Anda boleh menggantikan ia dengan menggunakan launcher daripada pihak ketiga, dimana antara yang popular adalah daripada Google sendiri dinamakan Google Launcher, ataupun turut popular adalah Nova Launcher.

Saya lebih mengemari Nova Launcher, dimana selepas memasangnya, anda boleh mengawal pelbagai perkara, termasuk kesan animasi, aplikasi yang dipaparkan dan sebagainya – sekaligus mengurangkan penggunaan kuasa pemprosesan berbanding tema asal seperti TouchWiz.

Membuang Cache Yang Tidak Digunakan

Android Cache

Pelbagai aplikasi Android menyimpan data dalam bentuk cache untuk menjadikan anda membuka sesuatu aplikasi dengan pantas, dan pada masa yang sama tidak menggunakan data yang tinggi. Memandangkan mungkin anda ada membuang sejumlah aplikasi yang tidak digunakan, maka data-data cache untuknya turut akan disimpan – yang mana anda boleh membuangnya dan mendapatkan ruangan storan tambahan.

Terdapat beberapa aplikasi yang memudahkan proses ini dan melakukannya secara berkala, seperti Clean Master dan juga CCleaner.

Tetapi, jika anda ingin melakukannya secara manual, anda boleh ke halaman Settings > Storage, dan tap pada Cached Data untuk membuang data yang disimpan padanya.

Pindahkan Gambar Lama Untuk Simpanan Di Komputer

Android Explorer

Kadang-kala, peranti anda akan menjadi sedikit lambat apabila storan padanya dipenuhi. Salah satu perkara yang anda boleh lakukan untuk mengosongkan storan pada peranti adalah dengan memindahkan sejumlah gambar yang dirakamkan oleh anda ke komputer untuk digunakan pada masa akan datang.

Ketika memindahkan fail-fail anda, anda turut boleh menyemak folder Downloads pada peranti anda untuk turut melihat fail-fail yang telah dimuat-turun anda dan tidak digunakan.

Factory Data Reset

Jika pelbagai kaedah ini masih gagal untuk mengembalikan peranti anda dalam keadaan dan prestasi seperti pada asalnya, anda boleh memilih untuk membuat Factory Data Reset – tetapi pastikan anda telah membuat salinan pendua untuk pelbagai fail dan data pada peranti. Sebaik sahaja ia selesai, anda boleh memulakan kembali peranti anda seperti keadaan asal, dan memilih data yang ingin di sync serta aplikasi yang ingin dipasang.-amanz.my 

Monday, February 2, 2015

8 Penyakit Yang Boleh Sembuh Dengan Berjalan Kaki



Jika anda selama ini malas untuk berjalan, fikirkanlah kembali. Menurut satu kajian, berjalan boleh mengurangkan lapan jenis penyakit. Malah boleh menyembuhkan penyakit tanpa harus mengeluarkan wang.



Mulai sekarang rajin-rajinlah berjalan dan rasakan manfaatnya. Berikut 8 jenis penyakit yang boleh disembuhkan dengan berjalan :-

1. Serangan Jantung : Berjalan boleh mengurangkan risiko serangan jantung. Otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras (dari pembuluh koroner ) agar segar dan berfungsi normal mengepam darah tanpa henti.

Berjalan dengan cepat boleh mengalirkan darah ke dalam jantung. Dengan sering berjalan , kolesterol baik (HDL) yang bekerja sebagai spans penyerap kolesterol (LDL) akan meningkat dengan berjalan kaki tergopoh-gopoh.

Tidak banyak cara di luar dapat mengubati seperti ini. Berjalan dengan cepat boleh menurunkan risiko serangan jantung.

2. Stroke :Satu kajian dilakukan kepada 70 ribu pesakit di Harvard School of Public Health yang bekerja sambil berjalan kaki sebanyak 20 jam dalam seminggu, hasilnya risiko diserang stroke menurun hingga dua pertiga.

3. Membakar Lemak :Rutin berjalan kaki akan meningkatkan metabolisme tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang oleh aktiviti berjalan kaki, kelebihan kalori yang tersimpan di dalam tubuh akan ikut terbakar, kemudian kenaikan berat badan tidak terjadi.

4. Melangsingkan Badan : jika anda kelebihan berat badan, mulailah untuk rutin berjalan Pergerakan kaki hingga seluruh tubuh mampu menurunkan berat badan dan lemak yang ada terutama diperut anda akan terkikis. Lakukan berjalan kaki secara rutin selama satu jam.

5. Kanser : Gejala kanser akan lenyap dengan sendirinya jika kita rajin jalan kaki. Kanser yang dimaksudkan adalah jenis kanser usus besar (colorectal carcinoma).

Kita tahu, bergerak badan ikut melancarkan peristaltik usus, sehingga buang air besar lebih lancar. Kanser usus dicetuskan oleh najis tertahan lama dalam saluran pencernaan. Sementara dalam satu kajian lain, berjalan boleh menurunkan risiko terkena kanser payudara.

6. Mencegah Osteoporosis : Sering berjalan bukan hanya menyebabkan otot-otot badan menjadi sihat, rangka atau tulang di dalam tubuh anda juga akan menjadi sihat dan kuat.

Osteoporosis tidak cukup hanya dengan rutin mengambil vitamin D dan kalsium yang banyak, tubuh juga memerlukan gerak badan dan memerlukan waktu paling kurang 15 minit dibawah sinar matahari pagi dan anda akan terhindar dari osteoporosis.

7. Mencegah Kencing Manis : Dengan rutin berjalan kira-kira 6 km per jam, dalam tempuh sekitar 50 minit, mampu mencegah berkembangnya diabetes, khususnya pada mereka yang bertubuh gemuk (National Institute of Diabetes and Gigesive & Kidney Diseases).

Selagi gula darah boleh dikawal hanya dengan cara bergerak badan (brisk walking), ubat tidak diperlukan. Anda hanya memerlukan berjalan secara rutin untuk terus menjaga kesihatan badan dan terhindar dari diabetes.

8. Depresi :Berjalan kaki dengan cepat boleh menggantikan ubat anti depresan yang biasanya diminum secara rutin oleh pesakit depresi. Mulai sekarang, rajinlah berjalan kaki akan menyembuhkan pesakit yang tengah depresi.